Saturday, May 23, 2009

Dah Terlambat Ke?

Pening.



Semalam masa on the way rumah mak cik aku, tiba2 handphone berbunyi, ringtone Wonderpets.

"Hello, Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, Siapa ni?" aku tanya.
"Kami dari Lembaga Zakat Selangor, nak bagitahu yang masih ada lagi kuota untuk kami hantar pelajar ke Mesir, memandangkan ada yang menolak-"

Aku dah telan air liur. Suara di sana menyambung,

"-jadi kami panggil saudara Nawzahs untuk memaklumkan perkara ni. Macam mana, awak nak terima ke tidak?"

Macam2 keluar dalam batu jemala aku. Haduii...lagi 3 hari nak gerak UM baru la nak call.

"Err...boleh bagi saya fikir dulu tak?"
"Boleh, boleh; tapi maklumkan kepada pihak kami sebelum hari jumaat ye, Assalamualaikum,"

Lepas tu habis semua orang aku mesej. Tanya macam2. Apa kena buat, berapa banyak yang dibagi, belum terlambat lagi ke tak...atau dah bersedia ke tak?

Dah pergi2, main jauh2. Aku nak fikir.

Eh nanti jap, apa2 nak cakap tulis kat bawah OK. Ciao.

No comments: