Sunday, April 28, 2013

bubye

Well I gotta admit myself, that I am really bad at handling farewell conversation. And saying goodbye itself, thats for sure. Frequently my conversing skills are stuck at a few words when saying goodbye. And then I would blame myself, for not appreciating the farewell. Even with my mom too, it feels like I was choking inside. Dunno why but thats just me, I think.

Or is it just another aspect of human being? Sigh.

Cairo International Airport, 9.21 p.m.

Nyah kawan

Aku bukak fesbuk harini, masa scroll aku nampak gambar sorang minah dengan sorang laki. Dia ni dah lama aku perati, lawa pon lawa, gambar dia ratus-ratus orang like. Sekali rupanya kali ini dia umumkan dia nak nikah, tak main kapel-kapel.

Aku terus klik butang unfriend sambil buat muka Yao Ming tersengih. Apa hukuman yang setimpal buat orang-orang macam aku yang pastinya bukan aku sorang je spesis camni kat dunia ni.

Friday, April 26, 2013

kali kedua

maka hari ini terbukti

pengalaman sentiasa
mengiringi usia

bijaksana sentiasa
memimpin yang buta

kehendak sentiasa
membuahkan hasil

kasih sentiasa
dibawa ke rantauan

jauh mana pun jua
sayang ayah akan sampai
biarpun dek kerana air yang mengalir

legend, memang legend

MAS berjaya mewujudkan
MacGyver yang tak pernah futur

been really happy to meet you here, the closest thing to a fatherly figure that i can get

p/s kecil piring, dulang saya tadahkan

maaf kalau terbedal paru goreng banyak sangat, harap ada simpan lagi dalam balang dekat dapur/bawah katil

Wednesday, April 17, 2013

si baju cokelat

sinar matamu
dikabusi kecewa
tiada lagi sinar

maka kupohon doa'a

amanah terpundak
dihancuri dayus
tiada lagi amanah

maka kupohon doa'a

suci wajahmu
dicontengi amarah
tiada lagi suci

maka kupohon doa'a

harapan menggunung
dileperi ego
tiada lagi harapan

maka kupohon doa'a
kembalikanlah harapan
suci
amanah
sinar
moga dilembutkan hati
buat yang memahami

p/s:mohon kita semua lebih bijak membahagi masa demi hadaf yang dikejar masing masing