Saturday, October 19, 2013

tribute

tinggal di kota yang sesak ini mengajarku erti hakikat

hakikat dimana jikalau kau mahu sesuatu, tangan kau sendiri yang harus dikotori

hakikat dimana perawakan tidak selalu mencerminkan peribadi

hakikat dimana tidak ada tangan yang akan setia memimpin kau hingga hujung jalan

hakikat dimana yang hilang akan saling berganti

hakikat dimana kau harus teliti diantara wayang dan realiti

hakikat dimana beban tidak harus kau julang keatas pundakmu seorang

gudbye deenie, semoga memori bersama yang tinggal takkan makan dek zaman

sliver of lightning, 5.29 a.m cairo

Sunday, April 28, 2013

bubye

Well I gotta admit myself, that I am really bad at handling farewell conversation. And saying goodbye itself, thats for sure. Frequently my conversing skills are stuck at a few words when saying goodbye. And then I would blame myself, for not appreciating the farewell. Even with my mom too, it feels like I was choking inside. Dunno why but thats just me, I think.

Or is it just another aspect of human being? Sigh.

Cairo International Airport, 9.21 p.m.

Nyah kawan

Aku bukak fesbuk harini, masa scroll aku nampak gambar sorang minah dengan sorang laki. Dia ni dah lama aku perati, lawa pon lawa, gambar dia ratus-ratus orang like. Sekali rupanya kali ini dia umumkan dia nak nikah, tak main kapel-kapel.

Aku terus klik butang unfriend sambil buat muka Yao Ming tersengih. Apa hukuman yang setimpal buat orang-orang macam aku yang pastinya bukan aku sorang je spesis camni kat dunia ni.

Friday, April 26, 2013

kali kedua

maka hari ini terbukti

pengalaman sentiasa
mengiringi usia

bijaksana sentiasa
memimpin yang buta

kehendak sentiasa
membuahkan hasil

kasih sentiasa
dibawa ke rantauan

jauh mana pun jua
sayang ayah akan sampai
biarpun dek kerana air yang mengalir

legend, memang legend

MAS berjaya mewujudkan
MacGyver yang tak pernah futur

been really happy to meet you here, the closest thing to a fatherly figure that i can get

p/s kecil piring, dulang saya tadahkan

maaf kalau terbedal paru goreng banyak sangat, harap ada simpan lagi dalam balang dekat dapur/bawah katil

Wednesday, April 17, 2013

si baju cokelat

sinar matamu
dikabusi kecewa
tiada lagi sinar

maka kupohon doa'a

amanah terpundak
dihancuri dayus
tiada lagi amanah

maka kupohon doa'a

suci wajahmu
dicontengi amarah
tiada lagi suci

maka kupohon doa'a

harapan menggunung
dileperi ego
tiada lagi harapan

maka kupohon doa'a
kembalikanlah harapan
suci
amanah
sinar
moga dilembutkan hati
buat yang memahami

p/s:mohon kita semua lebih bijak membahagi masa demi hadaf yang dikejar masing masing

Tuesday, March 26, 2013

dari zainudin kepada hayati

suci hatimu
diselingkup turob kota
maka terhijab.

belas kasihmu
dipunah harta dunia
maka terhilang.

sayang rindumu
dinoda jantan nista
maka tercemar.

layah tudungmu
ditiup bayu alpa
maka terbanglah.

hakmu adalah
bersama yang lebih baik
beradu dengan yang lebih cinta
bertuntun dengan tangan yang mampu
berlayar diatas kapal yang utuh kimpalannya.

kalaulah engkau masih menungguku di persimpangan itu
akan ku jadikan dirimu wahai adindaku;
cinta yang tiada seteru.

sesuatu yang dinukil malam sebelum imtihan
hasil dari bacaan karya prof Hamka
tenggelamnya kapal van der wijck

maafkan saya prof. saya yakin zainudin boleh menulis lebih baik dari ini