"Eh Abu, tadi aku tengok dekat Facebook ko bukan main ligat lagi bersembang dengan si Peah tu kat Wall dia. Ada apa-apa ke?
"Eh eh kau ni Karim, sibuk! Aku nak pasang-pasang dengan dia pun tak senang kau tahu. hah, kau ni pulak haritu aku nampak Mak Cik Senah kau tu post gambar kucing bunting dia. Dah beranak belum kucing tu?
"Eh eh kau ni Abu, Mak Cik Senah aku tu duduk dekat Ukraine pun ko tau ye ade kucing. Tapi kalau tak silap aku, Bobo sang kucing tu jantan. Dahlah jantan, kena kasi pulak tu!"
"Ye ke?! Dah lah tak boleh bunting, tak boleh membuntingkan kucing lain pulak tu!"
Sejak dua menjak ni orang banyak merungut, Facebook baru ni menyusahkan la, kacau privacy la, nak sembang tak senang la. Betul la, Facebook ni dah macam bak orang putih kata 'enforced eavesdropping' Lagi-lagi dekat dia punya ticker dekat belah kanan atas tu.
Let me tell you something, when you do something on Facebook (posting comment, pics etc) anda secara tidak sedar telah mendedahkan sesuatu yang seharusnya anda sendiri yang bertanggung jawab.
For me its simple, kalau kau yakin yang muka kau tebal dan tak malu dengan apa yang kau post , kau jenis yang bersembang tak ingat dunia mahupun orang lain, kau sanggup bertanggungjawab dengan either seen or unforeseen consequences, maka kau letaklah apa jenis gambar kau camwhore dan sembanglah macam haram sekalipun dekat wall orang lain dalam facebook.
Kalau kau ni jenis yang malu-malu nak letak gambar, jenis yang dah cukup gembira bila kawan-kawan dunia maya kau cecah ribu-riban tapi haram nak buat sembang, jenis yang tak suka privasi diprovok maka letaklah gambar-gambar I LUV ISLAM, sembang dekat inbox atau terus tutup akaun Facebook dan pergi tolong mak kau kat dapur.
Kadang ada gak spesis yang terlampau bebal, kadang benda benda P&C pun boleh sembang kat Facebook. Sekali kena hack tak haru-biru namanya. Ingat, tak ada benda yang private kat dalam dunia Internet ni. Kau letak gambar kau posing pelik-pelik, tau-tau nanti dah ada kat Failblog.
Tapi tak semua buruk. Kita kena ingat yang revolusi-revolusi yang berlaku kat tanah arab sekarang ni hanya dapat dijalankan secara underground dalam dunia maya. Anak-anak muda yang inginkan perubahan, anak-anak muda yang celik IT sahaja yang mampu menggerakkan ini semua. Bukan makcik-makcik Felda ye.
Tengok sini