Sunday, August 2, 2009

ijtimak komputer

Salam.

PIKOM PC Fair telah berlangsung dari 31 Jun sehingga 2 Ogos hari ini. Niat hendak ke sana menggunung tinggi. Sesak yang melampau, terutamanya tren yang hendak menuju KLCC, memang sarat dengan penumpang. Sampai di sana, kepala menjadi pening akibat perjalanan yang jauh + melihat booth-booth yang teramat banyaknya. Duit poket baru masuk ( Ihsan MAIS ), jadi aku mejadi seronok sakan la jawabnya.

Aku memang hebat berbelanja seperti orang baru masuk gaji. Apa yang telah dibelanjakan di sana:
# Set cover laptop dengan screen cleanser, yang memang dah lama aku hendak cari disebabkan skrin laptop sudah bertompok-tompok; RM 15
# Wireless mouse, jenama "CHOKIA" sahaja kerana tidak mahu memilih jenama yang lebih mahal; RM 39


# Lunch di Secret Recipe-oleh kerana terlalu kemaruk dengan pasta- makan beef lasagna dengan ice lemon tea; RM 17.50


# Pencuci mulut Gelato Fruity, Wild Berries; RM 7.50 per cup.

# Seluar jeans (?) dari Isetan, Lois Spain Straight Cut; RM 132 selepas diskaun 10%.


# The Concise Human Body Book by DK Publications; RM 67.95, dan The Rough Guide Phrasebook : Egyptian Arabic; RM 27.50, keduanya dari Kinokuniya. At least, something useful with the RM 360 ;)


Kesimpulannya :

1) Dari semua perbelanjaan aku di sana, roughly 70% dibelanjakan ke arah bukan
ke-PC Fair-an.

2) Laptop aku da berubah wajah sedikit sebanyak.
Sebelum.

Selepas mutasi dengan Afrikan Zebra.

3) Jangan bagi orang besar pegang duit, nanti boros. Budak kecik takpe sebab dia orang tak tahu kira. Ye ke?