Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Nyah kawan

Aku bukak fesbuk harini, masa scroll aku nampak gambar sorang minah dengan sorang laki. Dia ni dah lama aku perati, lawa pon lawa, gambar dia ratus-ratus orang like. Sekali rupanya kali ini dia umumkan dia nak nikah, tak main kapel-kapel.

Aku terus klik butang unfriend sambil buat muka Yao Ming tersengih. Apa hukuman yang setimpal buat orang-orang macam aku yang pastinya bukan aku sorang je spesis camni kat dunia ni.

Monday, October 10, 2011

tek-no-lo-ji


Aku ingat lagi, dua tahun aku belajar di Kaherah, selama dua tahun juga aku berurusan dengan sistem mereka. Baik sistem pembelajaran, baik sistem kastam, baik sistem pengurusan, aku dah rasa sedikit sebanyak. Dan aku lihat perbezaan berurusan dengan mereka, lalu aku bandingkan dengan sistem pengurusan di Malaysia. Kalau aku katakan seperti bezanya langit dan bumi mungkin tidaklah keterlaluan.



Paling aku ingat sewaktu memohon visa di pejabat kastam di Dataran Tahrir yang sinonim dengan revolusi anak-anak Nil, 25 januari yang lepas. Keadaan pejabat yang inferior memberi kejutan kerana memang jauh beza dengan pejabat kerajaan di Putrajaya. Kerja-kerja dilakukan oleh mama-mama yang bekerja dengan tekun terutamanya waktu pagi. Kalau urusan dilakukan di kala petang mungkin mood mama-mama tersebut terikut-ikut
dengan suasana pejabat, serabut.




Untuk pengetahuan, kerja-kerja ini dilakukan oleh mama-mama arab ini secara manual, bahkan satu komputer pun tidak saya dapat lihat berdasarkan pemerhatian saya. Melihat fail-fail, kertas-kertas yang bertimbun, sudah tentu kita dapat mengagak kadar kerja yang dilakukan oleh mama-mama arab ini tidaklah sepantas mana.



Jadi, pemohon-pemohon visa yang jenis tak tahan tunggu lama-lama pastinya merungut. Kenapa lambat, tak efisien, ramai orang menunggu dan bagai-bagai lagi. Kenapa tiada sistem berkomputer digunakan?




Ya, sistem bekerja bersama-sama dengan teknologi bukan benda yang baru lagi di tanahair kita.
Keberkesanan teknologi bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan efisiensi, bahkan dunia kita, alam sekitar
kita akan lebih terjaga dengan sikap kesedaran kita untuk menjadi lebih celik.




Hutan-hutan di serata dunia sudah banyak ditebang untuk menghasilkan kertas demi memnuhi keperluan kita. Sedangkan teknologi untuk menghasilkan dokumen dan menyimpan data sudah wujud. Tetapi, apa yang terjadi, lihat di pejabat, dokumen di komputer dicetak di kertas -kertas A4. Makin maju hidup, makin kita menggunakan banyak kertas!



Jadi, di mana kita boleh mengurangkan penggunaan kertas?



Di sekolah buku teks, buku latihan, kertas peperiksaan, buku nota boleh didigitalkan. Berikan kepada pelajar-pelajar kita notebook. Paling cikai pun bolehlaa, kawan saya ada terima netbook kecil secara percuma tapi sebab apa saya lupa.



Hadkan penggunaan kertas di tempat kerja kepada perkara-perkara yang memerlukan ketelitian seperti blueprint, ini mungkin sudah dilaksanakan.



Hapuskan sistem akhbar kertas, laporkan melalui online. Majalah pun sama. Yang baca surat khabar kertas ni kebanyakannya yang tak berapa celik siber, jadi celikkan mereka ini, kurangkan baca akhbar kertas. Paper pun banyak isi mengarut je sejak menjak ni.



Banyakkan notebook, netbook, ebook reader di pasaran dengan harga di takat kemampuan orang ramai. Ebook reader paling hampir kat Malaysia ni bentuk tablet; Kindle, sony punya tak sampai lagi.



Banyak yang kita boleh lakukan untuk menyelamatkan dunia, cuma kita yang tak berapa nak celik terhadap opsyen yang ada, ego manusia yang kecil ni menutup mata kita.



Jadi, kurang-kurangkan ego, berfikirlah demi menyelamatkan Dear Mother Earth.




(Entry ditulis berdasarkan ide daripada buku tertangkapnya sa-ekor toyo, buku oleh hisham rais. Ide juga ditokok-tambah oleh ide penulis yang tak seberapa)

Monday, September 26, 2011

celik


"Eh Abu, tadi aku tengok dekat Facebook ko bukan main ligat lagi bersembang dengan si Peah tu kat Wall dia. Ada apa-apa ke?



"Eh eh kau ni Karim, sibuk! Aku nak pasang-pasang dengan dia pun tak senang kau tahu. hah, kau ni pulak haritu aku nampak Mak Cik Senah kau tu post gambar kucing bunting dia. Dah beranak belum kucing tu?



"Eh eh kau ni Abu, Mak Cik Senah aku tu duduk dekat Ukraine pun ko tau ye ade kucing. Tapi kalau tak silap aku, Bobo sang kucing tu jantan. Dahlah jantan, kena kasi pulak tu!"



"Ye ke?! Dah lah tak boleh bunting, tak boleh membuntingkan kucing lain pulak tu!"




Sejak dua menjak ni orang banyak merungut, Facebook baru ni menyusahkan la, kacau privacy la, nak sembang tak senang la. Betul la, Facebook ni dah macam bak orang putih kata 'enforced eavesdropping' Lagi-lagi dekat dia punya ticker dekat belah kanan atas tu.

Let me tell you something, when you do something on Facebook (posting comment, pics etc) anda secara tidak sedar telah mendedahkan sesuatu yang seharusnya anda sendiri yang bertanggung jawab.

For me its simple, kalau kau yakin yang muka kau tebal dan tak malu dengan apa yang kau post , kau jenis yang bersembang tak ingat dunia mahupun orang lain, kau sanggup bertanggungjawab dengan either seen or unforeseen consequences, maka kau letaklah apa jenis gambar kau camwhore dan sembanglah macam haram sekalipun dekat wall orang lain dalam facebook.

Kalau kau ni jenis yang malu-malu nak letak gambar, jenis yang dah cukup gembira bila kawan-kawan dunia maya kau cecah ribu-riban tapi haram nak buat sembang, jenis yang tak suka privasi diprovok maka letaklah gambar-gambar I LUV ISLAM, sembang dekat inbox atau terus tutup akaun Facebook dan pergi tolong mak kau kat dapur.

Kadang ada gak spesis yang terlampau bebal, kadang benda benda P&C pun boleh sembang kat Facebook. Sekali kena hack tak haru-biru namanya. Ingat, tak ada benda yang private kat dalam dunia Internet ni. Kau letak gambar kau posing pelik-pelik, tau-tau nanti dah ada kat Failblog.

Tapi tak semua buruk. Kita kena ingat yang revolusi-revolusi yang berlaku kat tanah arab sekarang ni hanya dapat dijalankan secara underground dalam dunia maya. Anak-anak muda yang inginkan perubahan, anak-anak muda yang celik IT sahaja yang mampu menggerakkan ini semua. Bukan makcik-makcik Felda ye.

Tengok sini

Thursday, September 22, 2011

car-free, anyone?

Yesterday was the Car-Free day. And i found out that everybody around the world is celebrating by commuting to their workplace by mass transporting,walking or cycling. And yet i found out that this day are irrelevant by myself. Why?
  1. I am a non-working,basement dwelling,socially introvert person and my solely activity for now is mengabihkan karan kat rumah mak aku.
  2. The public transport system in Malaysia doesnt had enough coverage especially in those suburbs like where am living currently. Even buses and taxi are not present in this small village at the very end of Selangor. My dad almost daily went to work by motorbike to save some gas money.
  3. Yeah i admit it, Malaysian public transport are crappy. Even for me whom rarely leaves home going to KL sometimes, I can say that. The fare itself is one thing that we can tolerate, the reliability is the one that needed to be revised. I dont think that ERL and LRT had any problem with this, but the KTM yeah youll need shitload of perserverance especially my pals that are based on Serdang and UKM areas.
 And what can we do about this? Basically i think that Malayians need a new mindset. You dont need to ride your motors or drive to buy some kicap or telurs at the shop in the radius of 1km near you. Even Pakciks who went to suraus drive themselves there. Padahal satu taman je.

The government too need to revise the transport system in Malaysia. And yeah maybe those systems are integrated but the companies are privatized. So the fare will be different. Do it like Hong Kong with their MRTs. Efficient as hell. Or be like Egypt even. Go anywhere with the same fare of 1 pound but still efficient enough for me. Diorang siap nak tambah lagi dua line, berbanding 3 line yang ada sekarang. Maksudnya dia orang still mendapat keuntungan walaupun dengan tambang yang murah gila. Baru orang lain nak naik public transport.