Monday, October 10, 2011

tek-no-lo-ji


Aku ingat lagi, dua tahun aku belajar di Kaherah, selama dua tahun juga aku berurusan dengan sistem mereka. Baik sistem pembelajaran, baik sistem kastam, baik sistem pengurusan, aku dah rasa sedikit sebanyak. Dan aku lihat perbezaan berurusan dengan mereka, lalu aku bandingkan dengan sistem pengurusan di Malaysia. Kalau aku katakan seperti bezanya langit dan bumi mungkin tidaklah keterlaluan.



Paling aku ingat sewaktu memohon visa di pejabat kastam di Dataran Tahrir yang sinonim dengan revolusi anak-anak Nil, 25 januari yang lepas. Keadaan pejabat yang inferior memberi kejutan kerana memang jauh beza dengan pejabat kerajaan di Putrajaya. Kerja-kerja dilakukan oleh mama-mama yang bekerja dengan tekun terutamanya waktu pagi. Kalau urusan dilakukan di kala petang mungkin mood mama-mama tersebut terikut-ikut
dengan suasana pejabat, serabut.




Untuk pengetahuan, kerja-kerja ini dilakukan oleh mama-mama arab ini secara manual, bahkan satu komputer pun tidak saya dapat lihat berdasarkan pemerhatian saya. Melihat fail-fail, kertas-kertas yang bertimbun, sudah tentu kita dapat mengagak kadar kerja yang dilakukan oleh mama-mama arab ini tidaklah sepantas mana.



Jadi, pemohon-pemohon visa yang jenis tak tahan tunggu lama-lama pastinya merungut. Kenapa lambat, tak efisien, ramai orang menunggu dan bagai-bagai lagi. Kenapa tiada sistem berkomputer digunakan?




Ya, sistem bekerja bersama-sama dengan teknologi bukan benda yang baru lagi di tanahair kita.
Keberkesanan teknologi bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan efisiensi, bahkan dunia kita, alam sekitar
kita akan lebih terjaga dengan sikap kesedaran kita untuk menjadi lebih celik.




Hutan-hutan di serata dunia sudah banyak ditebang untuk menghasilkan kertas demi memnuhi keperluan kita. Sedangkan teknologi untuk menghasilkan dokumen dan menyimpan data sudah wujud. Tetapi, apa yang terjadi, lihat di pejabat, dokumen di komputer dicetak di kertas -kertas A4. Makin maju hidup, makin kita menggunakan banyak kertas!



Jadi, di mana kita boleh mengurangkan penggunaan kertas?



Di sekolah buku teks, buku latihan, kertas peperiksaan, buku nota boleh didigitalkan. Berikan kepada pelajar-pelajar kita notebook. Paling cikai pun bolehlaa, kawan saya ada terima netbook kecil secara percuma tapi sebab apa saya lupa.



Hadkan penggunaan kertas di tempat kerja kepada perkara-perkara yang memerlukan ketelitian seperti blueprint, ini mungkin sudah dilaksanakan.



Hapuskan sistem akhbar kertas, laporkan melalui online. Majalah pun sama. Yang baca surat khabar kertas ni kebanyakannya yang tak berapa celik siber, jadi celikkan mereka ini, kurangkan baca akhbar kertas. Paper pun banyak isi mengarut je sejak menjak ni.



Banyakkan notebook, netbook, ebook reader di pasaran dengan harga di takat kemampuan orang ramai. Ebook reader paling hampir kat Malaysia ni bentuk tablet; Kindle, sony punya tak sampai lagi.



Banyak yang kita boleh lakukan untuk menyelamatkan dunia, cuma kita yang tak berapa nak celik terhadap opsyen yang ada, ego manusia yang kecil ni menutup mata kita.



Jadi, kurang-kurangkan ego, berfikirlah demi menyelamatkan Dear Mother Earth.




(Entry ditulis berdasarkan ide daripada buku tertangkapnya sa-ekor toyo, buku oleh hisham rais. Ide juga ditokok-tambah oleh ide penulis yang tak seberapa)

No comments: